Friday, 17 May 2019

Buah Delima


Kandungan yang terdapat di dalam buah delima.

Dari sudut pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti:

  • roboflavin
  • tiamin
  • niasin
  • vitamin C
  • kalsium
  • fosforus
Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja. Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan.

Buah delima bersifat panas dan amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia dapat melegakan batuk. Seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w daripada ALi dan Abu Nu'aim yang bermaksud:

"Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut dan penghadaman"

Jus buah delima dapat:
  • memberikan zat serta menyegarkan badan dan ianya dapat dihadamkan dengan cepat kerana ianya bersifat ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.
  • bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit-birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.
  • dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh yang demikian, ia dapat menghilangkan keletihan.
Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa jenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia.






No comments:

Post a Comment

Khasiat buah delima

Setiap buah-buahan yang disebut dalam al-Quran ada khasiat yang tersendiri. Elakkan refined carbo. #HealthDrZubaidi