Wednesday 22 May 2019

Ajaibnya Buah Delima!!


LAMBAKAN penyelidikan telah dilakukan berkenaan delima. Bukan sahaja ia menjadi bahan kajian pengkaji tempatan malahan Barat. Kedua-dua blok ini memang tidak menafikan kebaikan buah delima.

Kehebatan buah delima atau nama saintifiknya Punica Granatum tidak hanya meniti di bibir manusia. Delima menjadi antara enam buah-buahan yang disebut di dalam al-Quran! Sudah pasti ada sesuatu yang luar biasa di sebalik buah ini!

Ahli farmasi berpengalaman, Rahman Baco menulis bahawa delima merupakan sumber potasium baik untuk tekanan darah, jantung dan buah pinggang.

Kajian terbaharu juga mendapati, amalan mengambil sedikit jus delima pada setiap hari dapat meningkatkan kesihatan jantung.

Dalam segmen sulung Tahukah Anda?, Sihat:Aktif membawa anda menyelusuri 'keajaiban' buah yang ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.

1. Rawat kanser prostat

Ujian terhadap 50 lelaki minum 205 gram jus delima setiap hari berjaya mengurangkan penggandaan ukuran perkembangan kanser prostat atau Prostate Specific Antigen (PSA) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kemoterapi atau terapi hormon.

2. Turunkan paras kolesterol

Kajian menunjukkan jus delima mengandungi dua hingga tiga kali ganda fungsi antioksida jika dibandingkan teh hijau.

3. Kurang tekanan darah tinggi

Saintis mendapati, kandungan antioksida yang tinggi secara semula jadi dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

4. Cegah dan melambatkan penyakit Alzheimer

Dalam sebuah kajian, tikus dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengumpulkan plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.

5. Sumber nutrisi

Saintis mendapati, sebiji buah delima memiliki sekitar 40 peratus Vitamin C harian untuk orang dewasa dan mengandungi asid folat, serat, kalium, niasin termasuk Vitamin A dan E.

6. Mencantikkan kulit

Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit. melahirkan anak sihat dan cerdas.

7. Baik untuk ibu mengandung

Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jusnya dapat melahirkan anak sihat dan cerdas.

Kesan negatif

Meskipun demikian, pesan Rahman khas kepada pesakit mengambil ubat khususnya rawatan penyakit jantung dan darah tinggi.

"Pastikan anda dapatkan nasihat doktor dahulu sebelum amalkan jus buah delima setiap hari. Makan buah atau minum jus delima juga boleh meningkatkan kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat Fluoxetine, Codeine dan Ondansetron.

"Begitu juga ubat penyakit jantung dan darah tinggi seperti ubat kumpulan ACE Inhibitor (Lisinopril, Enalapril, Captopril) yang boleh bertindak balas/dipengaruhi oleh buah delima kerana (makan buah delima bersama ubat darah tinggi) boleh sebabkan tekanan darah jadi terlalu rendah," jelasnya yang menasihatkan pesakit menjarakkan masa makan ubat dan buah tersebut.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/9224/SISIPAN/Sinar-Aktif/Ajaibnya-buah-delima!

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments:

Post a Comment

Khasiat buah delima

Setiap buah-buahan yang disebut dalam al-Quran ada khasiat yang tersendiri. Elakkan refined carbo. #HealthDrZubaidi