Wednesday 2 October 2019

Khasiat buah delima

Setiap buah-buahan yang disebut dalam al-Quran ada khasiat yang tersendiri.

Elakkan refined carbo.

#HealthDrZubaidi


Friday 27 September 2019

Bahaya gula dan obesiti

Ketagihan nombor satu manusia ialah gula. Pemakanan yang tinggi kandungan gula dan karbohidrat boleh menyebabkan berat badan berlebihan serta obesiti.
Bagaimanapun, bukan itu sahaja kesannya. Secara tidak langsung keadaan itu boleh meningkatkan risiko penyakit kanser.
Penyakit kanser yang dikaitkan dengan obesiti termasuk payudara, prostat, kolorektum dan pankreas.
Memang benar gula ”memberi makan” kepada setiap sel di dalam tubuh badan manusia termasuk sel kanser. Bagaimanapun, penyelidikan menunjukkan mengambil gula tidak semestinya menyebabkan kanser. Sebenarnya apa yang gula buat kepada garis pinggang kita yang boleh menjurus kepada kanser.










Mengambil kalori gula yang berlebihan mungkin akan menyebabkan berat badan yang berlebihan dan keadaan itu atau obesiti boleh meningkatkan risiko kanser dan penyakit lain.
Tidak seperti kepercayaan ramai bahawa lemak boleh menggemukkan seseorang, ketahuilah gula yang boleh menjadikan anda gemuk!
Secara sedar atau tidak, kita sebenarnya mengambil banyak gula dalam kehidupan kita seharian dan sekiranya ia berlebihan, ini akan meningkatkan garis pinggang kita.
Mengurangkan pengambilan gula sahaja tidak mencukupi. Apabila membaca label makanan, carilah berapa kandungan gula dan gula yang tersembunyi di bawah nama : fruktosa, laktosa, sukrosa, maltosa, glukosa dan dekstrosa.
Gula asli iaitu molases, “agave nectar”, madu dan sirap mapel mengandungi antioksida tetapi masih juga perlu diambil secara sederhana.
Gula ada sumber tenaga untuk sel kanser. Gula disimpan oleh hati selepas proses penghadaman. Ini akan menjadi tisu adipos dan lebihan gula ditukar dan disimpan sebagai lemak.










Apabila lebihan gula disimpan sebagai lemak, komposisi badan sudah bertukar. Lebih lemak bermakna kurang otot. Ini juga bererti lebih banyak toksin, kurang air dalam sistem peredaran tubuh memandangkan otot terdiri daripada 80 peratus air.
Keadaan ini akan menjadikan sistem peredaran tubuh lemah dan proses detoks serta pengenyahan tergugat. Sistem imun menjadi rendah dan sebagai hasilnya boleh menyebabkan keradangan tahap rendah yang berterusan.
Apabila lebih banyak radikal bebas dihasilkan ini menyebabkan tekanan oksidatif. Apabila radikal bebas ini menyerang sistem tubuh badan manusia, akan berlaku perubahan antaranya proses penuaan semulajadi serta sel malignan berkembang lebih pantas daripada yang boleh disingkirkan. Akibatnya nanti berlaku tumor dan kanser.
Melihat kepada gaya hidup kita pada masa sekarang yang serba-serbi pantas, dipenuhi dengan pelbagai jenis hasil makanan yang sudah diubah secara genetik, tidak banyak bergerak tambahan pula tekanan hidup yang tinggi, bagaimana pula nanti nasib anak generasi akan datang.
Peratus obesiti dalam kalangan anak di peringkat kebangsaan ialah pada tahap 25 peratus. Apa yang kita tahu ialah 80 peratus anak yang menghadapi obesiti akan menjadi orang dewasa obes.
Perangkaan ini akan hanya meningkat sekiranya kira terus memburu impian juara dunia kita dengan mentaliti dunia ketiga dan dalam hal ini keadaan kesihatan serta kesedaran ke arah kesejahteraan hidup.










Sekiranya 80 peratus kanak-kanak obes menjadi orang dewasa obes, kita akan berdepan dengan penduduk yang menghidap Diabetes, Obes dan Kanser dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang.
Lihat sahaja di sekeliling kita. Apa tindak balas kepada jangkaan fenomena ini? Lebih banyak pusat onkologi dibina dan lebih banyak penyelidikan dijalankan untuk kemoterapi serta “oral disease modifying drugs”.
Secara jujur sejauh mana kita memberi perhatian kepada gaya hidup yang lebih sihat? Mengapa pihak berkuasa yang berada dalam kedudukan untuk mencegah keadaan ini daripada berleluasa tidak bertindak? Atau apakah pihak berkenaan hanya memikirkan keuntungan?
Sebagai rumusan, mempunyai berat badan berlebihan akan meningkatkan kadar malignan kerana ia menjejaskan komposisi tubuh badan iaitu komponen air dan lemak.
Tiga komponen utama untuk kesejahteraan iaitu mengekalkan sistem peredaran yang tinggi dalam tubuh, mengurangkan tekanan oksidatif dan memastikan keradangan tahap rendah pada paras berkenaan.
Akhir kata, dalam perjuangan menentang kanser yang ditakrif sebagai pembunuh abad ke-21, pastikan kita mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang sihat.

DR PRASANTH SUBRAMANIAM mengamalkan perubatan jagaan asas berkongsi kebimbangannya tentang kadar obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia. Beliau yang berpangkalan di Pulau Pinang mempunyai ijazah sarjana eksekutif kesihatan pencegahan dengan pengkhususan bidang kesejahteraan.
Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/407659

Tuesday 20 August 2019

Susu Kambing Delima

KEBAIKAN SUSU KAMBING

Susu Kambing mempunyai banyak nutrien seperti vitamin, mineral, kalsium, phosphorus, riboflavin dan banyak lagi. Ia juga kaya dengan medium-chain triglyceride (MCT) yang baik untuk jantung dan cepat memberikan tenaga.

Ia adalah alternatif bagi susu lembu kerana ia mudah dihadam, kurang menyebabkan keradangan dan kurang mengandungi allergen (yang banyak terdapat dalam susu lembu). Cuma rasa dan bau susu kambing tidak dapat dinikmati oleh sesetengah orang.

#HealthDrZubaidi

Dapatkan Susu Kambing Delima sekarang...Tiada bau hamis...Manis tanpa gula.



Saturday 15 June 2019

Bubble Tea

Kehadiran jenama Bubble Tea ibarat cendawan tumbuh selepas hujan sejak akhir-akhir ini. Sehinggakan ramai yang sanggup menunggu lama untuk beratur panjang bagi mendapatkan minuman 'viral' di media sosial.

Teh pada asalnya antara minuman yang baik untuk kesihatan. Ia menganduingi antioksidan yang unik di kenali sebagai flavonoids.

Ia membantu untuk menghapuskan radikal bebas didalam tubuh yang boleh menyebabkan kanser dan penyakit jantung.

Namun, setelah dicampurkan dengan bahan yang lain. Ia menjadi minuman yang sangat tinggi kandungan gula.

Tak salah jika ingin merasa, tapi kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang kita makan dan juga minum.

Sumber : Public Health Malaysia

#HidupSihat #BebasDiabetik


Tuesday 11 June 2019

Benarkah Gout disebabkan tahap asid urik yang tinggi?

BENARKAH GOUT DISEBABKAN TAHAP ASID URIK YANG TINGGI?


Kebiasaannya saya dapat meneka pesakit saya yang masuk ke dalam bilik pemeriksaan berdengkut-dengkut, selalunya disebabkan oleh masalah gout. Terutama di musim perayaan termasuk Hari Raya Aidil Fitri.

Namun apa yang lebih menarik perhatian saya ialah pesakit gout semakin hari semakin menyerang orang muda. Saya pernah melihat pesakit gout seawall 25 tahun. Tidak lagi seperti dulu. Selalunya penyakit ini menyerang selepas berusia 50 tahun.

Gout adalah sebahagian dari penyakit arthritis iaitu keradangan sendi yang menunjukkan tanda sakit yang keterlaluan, bengkak pada sendi, dan sendi tidak boleh dibengkokkan dengan mudah. Pergerakan yang melibatkan sendi tersebut akan menyebabkan rasa sakit. Selalunya sendi yang terlibat ialah sendi pada ibu jari kaki.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa gout berkai rapat dengan penyakit metabolic seperti diabetes dan tekanan darah tinggi. Oleh itu, ramai yang meganggap gout adalah sebahagian dari ‘penyakit empat serangkai’ iaitu diabetes mellitus, hypertension, tahap kolestrol yang tinggi dan gout itu sendiri.

Selain itu gout juga akan sangat berkait dengan penyakit kardiovaskular. Jadi seorang pesakit gout tidak seharusnya hanya memeriksa tahap asid urik dalam tubuh tetapi juga pemeriksaan yang berkaitan dengan kesihatan jantung.

Gout selalunya menyerang pesakit lelaki, dan saya belum pernah melihat penyakit ini di kalangan pesakit wanita. Namun begitu wanita yang telah memasuki fasa menopause, lebih mudah untuk mendapat penyakit itu berbanding dengan wanita yang masih muda dan subur.

Kebanyakan penyakit ini dirawat dengan ubat penahan sakit atau ubat yang merendahkan tahap asid urik dalam tubuh. Tujuannya untuk meredakan rasa sakit ketika diserang gout, mengelakkan ia berulang dan mengelakkan komplikasi seperti pembentukan batu karang dalam ginjal dan kecacatan pada sendi yang diserang.

Jadi ubat sintetik yang digunakan sama ada:

1. Ubat penahan sakit yang diberikan ketika pesakit mengalami rasa sakit

 2. Mengurangkan pembentukan asid urik (xanthine oxidase inhibitors seperti allopurinol)

 3. Meningkatkan pembuangan asid urik melalui air kencing (seperti probenecid).

Jika ubat sintetik ini tidak diambil, serang sakit gout akan bertambah teruk antara 12 hingga 24 jam, dan hanya akan berasa lega selepas 1 hingga 2 minggu tanpa rawatan.

Ramai yang mengaitkan penyakit gout dengan tahap asid urik yang tinggi. Apa yag menariknya tidak semua pesakit yang diserang gout mempunyai tahap asid urik yang tinggi dan ada juga kes di mana pesakit yang mempunyai tahap asid urik yang normal mengalami serangan sakit gout.

Oleh itu untuk mendiagnosa penyakit gout tidak boleh dikaitkan serratus peritus dengan tahap asid urik dalam darah. Seperti mana yang saya beritahu, ada pesakit yang diserang gout tetapi pemeriksaan asid urik menunjukkan tahap yang normal.

Pada satu ketika dulu (sekarang jarang dilakukan), doctor mendiagnosa penyakit gout dengan mengambil sampel cecair dalam sendi yang terlibat bagi memeriksa kehadiran urate crystals.

Pemeriksaan xray tidak memberikan sebarang makna seorang pesakit diserang gout kecuali jika sendi yang terlibat sudah mengalami kecacatan akibat pengumpulan kristal.

 #HealthDrZubaidi

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2368849589801769&id=185816391438444

Monday 10 June 2019

Bahaya Pengambilan Gula Pasir Berlebihan

Pengambilan gula pasir yang banyak boleh menyebabkan kerosakan pada gigi. Ramai yang tidak tahu yang gula pasir juga boleh merosakkan HATI.

Gula pasir mengandungi glukos dan fruktos. Fruktos boleh ditukarkan kepada triglyceride, sementara glukos ditukarkan kepada glycogen. Begitu juga dengan lemak tepu (lemak haiwan) dan transfat menaikkan tahap triglyceride.

Triglyceride dan glycogen akan disimpan di dalam hati. Ia menyebabkan hati menjadi bengkak, radang, menjadi fibrosis dan akhirnya boleh menjadi kanser.

Ahli saintis menyamakan kerosakan yang dilakukan oleh gula putih, bukan saja menyebabkan penyakit diabetes, tetapi menyebabkan kerosakan hati, hampir sama dengan kerosakan yang dibuat oleh arak (yang mengandungi alkohol).

Kurangkan makan dan minuman manis yang ditambah dengan gula pasir.

#HealthDrZubaidi

Jadi, tunggu apa lagi....dapatkan Cafe Plus sekarang..
Manis tanpa gula. 

Menggunakan daun Stevia yang merupakan spesis herba dari kumpulan Astereacea. Ia juga dikenali sebagai pokok gula, daun gula,  daun manis dan herba manis. Kajian yang dijalankan ke atas daun stevia menunjukkan ia mampu menurunkan tekana darah dan mengurangkan paras gula dalam badan. Kelebihan lain adalah:
  • Membantu mencuci usus
  • Membantu sistem penghadaman makanan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka kecil




Dapatkan Cafe Plus Delima dengan pemanis tanpa gula

Telah diiktiraf oleh 


JOM....tunggu apa lagi...dapatkan sekarang..

Setiap kotak mengandungi 20 sachet x 23 gram

Harga sekotak RM 35 sahaja

Penghantaran PERCUMA!!

Whatsapp Azny (018 576 0862) untuk tempahan sekarang... 

Khasiat buah delima

Setiap buah-buahan yang disebut dalam al-Quran ada khasiat yang tersendiri. Elakkan refined carbo. #HealthDrZubaidi